PUPUK@eUsahawan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 (Day 3) by MDEC

8 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Disember 2023, Khamis, pihak MCMC dengan kerjasama MDEC telah mengadakan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 untuk hari yang terakhir secara atas talian yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh beberapa PEDi terpilih yang diwakili oleh Pengurus PEDi dan Rakan Digital. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar tentang Platform eDagang atau E-Commerce iaitu Shopee oleh coach Mohammad Norazam Azmi.

Antara perkongsian beliau ialah tentang pengenalan kepada E-Dagang kepada staf PEDi bagi memberi penjelasan terperinci tentang Platform E-Dagang Shopee. Encik Norazam Azmi menerangkan bagaimana untuk muat naik gambar produk, masukan kuantiti atau SKU produk di dalam kedai Shopee dan juga cara mengira kos penghantaran melalui platform Shopee. Platform E-Dagang Shopee terpilih untuk dijadikan platform terpenting dalam industri perniagaan atas talian kerana banyak menyediakan Voucher yang sangat berbaloi kepada pembeli atau pelanggan nya termasuk perniaga.

Oleh itu, latihan seperti ini sangat banyak membantu PEDi dalam menjalankan aktiviti menyumbang ilmu perniagaan alaf baru iaitu Perniagaan Digital atau secara atas talian. Pihak PEdi berharap latihan ini boleh diperbanyakkan lagi bagi memperkasakan ilmu Usahawan Digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali